KUALA LUMPUR:Sebanyak 5,725 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Dengan jumlah itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 melepasi angka 200,000 dengan 203,933 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 45,478.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor mencatatkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,126 kes atau 54.6 peratus.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 687 kes (12.0 peratus), dan Johor sebanyak 684 kes (11.9 peratus)," katanya.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 419 kes (7.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

Data CPRC Kebangsaan

Daripada 5,725 kes baharu itu, 5,268 kes merupakan kes tempatan manakala tujuh adalah kes import melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara.

COVID-19 | Kes harian COVID-19 lepasi 5,000


Beliau juga memaklumkan, jumlah kes sembuh pula ialah sebanyak 3,423 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.

Sebanyak 16 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adaah sebanyak 733 kes atau 0.36 peratus.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan (9) kes di Selangor, dua (2) kes di Sabah, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Kelantan, dan Perak.

"Kesemua kes kematian tersebut melibatkan warganegara," katanya lagi.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 12 Kluster terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Pecahan kes mengikut negeri
  1.     Selangor: +3126
  2.     Kuala Lumpur: +687
  3.     Johor: +684
  4.     Sabah: +288
  5.     Sarawak: +179
  6.     Terengganu: +137
  7.     Kedah: +125
  8.     Pulau Pinang: +99
  9.     Kelantan: +93
  10.     Melaka: +74
  11.     Perak: +73
  12.     Negeri Sembilan: +69
  13.     Pahang: +67
  14.     Putrajaya: +16
  15.     Labuan: +5
  16.     Perlis: +3