KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 6,069 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.4 juta.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 6,024 kes (99.26%) adalah dalam kategori satu dan dua.

Manakala 41 kes (0.74%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.

Sebanyak 97 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 64 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 10,619.

Semalam, lima kluster baharu direkodkan, dengan 117 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.90.