KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 6,437 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 745,703 kes.

Ia adalah peningkatan lebih 1,000 kes baharu berbanding jumlah dilaporkan pada Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,361 kes dan Negeri Sembilan dengan 700 kes.

Negeri Kedah pula mencatatkan 284 kes diikuti Johor 271 kes harian.

Manakala negeri-negeri lain seperti Sarawak mencatat (242), Melaka (252), Pahang (250), Perak (184), Sabah (178), Kelantan (131) dan Wilayah Persekutuan Labuan (117) kes.

Negeri Pulau Pinang pula mencatatkan 115 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (32), Terengganu (21) dan Perlis tiada kes harian.



Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu sebanyak 107 kes menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 5,108 kes.

Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 14 kes import menerima jangkitan dari luar negara.

Manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 62,888 kes.

Setakat ini, jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 905 kes dan daripada jumlah itu, 455 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 677,751 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 5,298 kes hari ini.