KUALA LUMPUR : Sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 498,795.

Sementara itu, COVID-19 juga meragut 50 nyawa dalam tempoh yang sama sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 2,149 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia itu, negeri Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).

Berikut merupakan pecahan kes harian mengikut negeri:

Selangor - 2,163
Sabah - 144
Johor - 406
WP KL - 641
Sarawak - 612
Pulau Pinang - 302
Negeri Sembilan - 370
Kelantan - 467
Perak - 382
Kedah - 434
Melaka - 165
Pahang - 161
Terengganu - 139
WP Labuan -84
WP Putrajaya -20
Perlis - 3

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi 52,106 kes,” katanya pada satu kenyataan pada Jumaat.

Setakat in sebanyak 643 kes sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) manakala daripada jumlah itu, 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Keseluruhan kes sembuh kini telah menjadi sebanyak 444,540 dengan pertambahan sebanyak 4,508 pesakit yang pulih hari ini.