KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan jumlah kematian akibat COVID-19 tertinggi pada Isnin iaitu sebanyak 61 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian melibatkan virus itu sebanyak 2,309 kes setakat ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan dalam masa sama, sebanyak 6,509 kes baharu positif COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif adalah 518,600 kes. 

Selangor merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 2,049 kes, diikuti Sarawak (530), Kelantan (451), serta Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 468 kes. 
 
Jelasnya, 3,452 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 456,273 kes.

Selain itu, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 60,018.
  
Katanya, seramai 711 orang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 369 memerlukan bantuan alat pernafasan.