KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara menurun kepada 7,748 kes dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 8,209 kes pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 603,122 kes. 

Selangor kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,612 kes. 

Ini diikuti Kuala Lumpur (851 kes), Negeri Sembilan (709 kes),  Sarawak (706 kes) dan  Johor (446 kes). 

Sementara itu, 86 kes baharu kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu dalam negara sebanyak 3,182 kes.

Seramai 883 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 84,369 kes.

Setakat ini, 6,624 orang telah sembuh, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 515,571 kes.