MEKAH: Wabak COVID-19 di Mekah dilaporkan sudah semakin terkawal dan prosedur operasi standard (SOP) turut dilonggarkan tanpa pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, kata Konsul Haji Malaysia, Tabung Haji (TH) di Jeddah, Muhammad Saimi Mat Som.
Meskipun terdapat kelonggaran, beliau masih menyarankan jemaah Haji Malaysia untuk terus memakai pelitup muka bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan.
"SOP jemaah haji telah dilonggarkan dan mereka hanya perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup.
Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga saya nasihatkan jemaah Malaysia terus memakainya kerana jumlah jemaah akan terus meningkat," katanya ketika ditemui pemberita di sini selepas menyambut ketibaan 84 petugas TH di Jeddah pada Isnin.
Kerajaan Arab Saudi membenarkan seramai satu juta jemaah haji berumur di bawah 65 tahun menunaikan ibadah rukun kelima itu pada tahun ini.
Menurut Muhammad Saimi, jemaah haji juga akan didedahkan dengan aplikasi TH Hujjaj bagi memudahkan penyaluran maklumat penting terutama mengenai penginapan, pergerakan bas, kesihatan dan panduan ibadah haji.
"TH akan cuba salurkan maklumat secara digital, bagi jemaah yang berumur masih boleh mendapatkan sedikit panduan daripada anak-anak untuk memuat naik aplikasi berkaitan urusan haji terutama TH Hujjaj.
Pelbagai maklumat akan disalurkan di situ, begitu juga dengan kenyataan semasa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi... insya-Allah TH akan pastikan semua maklumat dapat disampaikan kepada bakal haji," katanya.
Katanya setelah dua tahun ibadah Haji ditangguhkan untuk jemaah dari Malaysia, pihaknya berpeluang membuat penilaian semula terutama dalam urusan dokumentasi kerana Kerajaan Arab Saudi mula memperkasa penggunaan secara dalam talian.
Seramai 340 orang petugas berpengalaman TH akan bertugas sepanjang musim haji kali ini, bagi menyantuni kira-kira 14,306 jemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Kerajaan Arab Saudi membenarkan seramai satu juta jemaah haji berumur di bawah 65 tahun menunaikan ibadah rukun kelima itu pada tahun ini. - Gambar fail REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan
Keadaan cuaca sama turut dijangkakan di Madinah, yang diramal hujan pada Selasa dan Rabu.
Juruterbang pilih jalan darat ke Tanah Suci Mekah
Sekumpulan 17 peserta memulakan ekspedisi rentas negara sejauh 15,000 kilometer menggunakan laluan darat ke Tanah Suci Mekah.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
'Allah jaga semua' - Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tunai umrah lagi, tinggalkan 3 anak
Syatilla yang memuat naik foto mereka bersama cahaya mata di lapangan terbang meminta agar semua mendoakan perjalanannya.
Masjidil Haram diperluas, sedia terima jutaan jemaah 10 hari terakhir Ramadan
Sheikh Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais turut mengumumkan pembukaan kepada pembesaran ketiga Masjidil Haram.
10 hari terindah, umrah Ramadan 'DIY' cara wartawan Astro AWANI
Faida Rahim seperti tidak percaya diberi peluang dan rezeki mengerjakan umrah seorang diri di bulan Ramadan.
20 jemaah umrah terbunuh, puluhan cedera akibat kemalangan
Sebuah bas yang membawa jemaah melanggar jambatan dan terbalik sebelum terbakar dalam insiden yang berlaku sekitar 4 petang semalam.
35,000 naskhah novel terjual, bekas arkitek raih jualan cecah RM2.5 juta
Ia bermula apabila beliau dan isteri mahu membawa ibu bapa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Disember 2019.
Bersaksikan Kaabah - Syatilla Melvin syukur sambut anniversary, hari jadi di Mekah
Syatilla berharap agar segala hajat dan doa dia bersama suami termakbul sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh ini.