KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar hospital pada jam 9.30 pagi hari ini.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat Dr Mahathir hari ini, ia turut memaklumkan, Ahli Parlimen Langkawi itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.

Dr Mahathir, 97 tahun, dimasukkan ke IJN berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau serta untuk tujuan pemantauan. 

BACA: Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN