COVID-19: Dr Noor Hisham, Najib Razak, Anwar Ibrahim ucap takziah atas pemergian Siti Sarah

Astro Awani
Ogos 9, 2021 04:12 MYT
Dr Noor Hisham berkongsi ucapan takziah buat keluarga Allahyarham, serta mereka yang lain yang turut kehilangan anggota keluarga akibat wabak itu. -Instagram
KUALA LUMPUR: Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissuddin selepas bertarung dengan COVID-19 turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kemas kini di media sosial, berkongsi ucapan takziah buat keluarga Allahyarham, serta mereka yang lain yang turut kehilangan anggota keluarga akibat wabak itu.
"Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh COVID-19.
"Al-Fatihah," tulis beliau.

Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh covid19. Al-fatehah

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perkhabaran duka awal pagi tadi amat menyentuh hati.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan.
"Remuk hati saya membaca kisah-kisah kematian ahli keluarga tercinta melalui posting-posting di media sosial.
"Kisah arwah Siti Sarah amat menyentuh hati. Seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya.
"Takziah Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, dan kepada seluruh ahli keluarga juga. Tabahkan diri menghadapi dugaan ini," tulis Najib.
Sumber Facebook najibrazak
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Siti Sarah.
"Terkesan dgn berita pemergian Siti Sarah. Semoga kekuatan buat Shuib sekeluarga.
"Tak lupa juga untuk mendoakan buat mereka yang kehilangan seseorang tatkala COVID terus merempuh.
"Angka kematian begitu merungsingkan, dan kita mesti lakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan ini," katanya menerusi akaun Twitternya.

Terkesan dgn berita pemergian Siti Sarah. Semoga kekuatan buat Shuib sekeluarga. Tak lupa juga untuk mendoakan buat mereka yang kehilangan seseorang tatkala COVID terus merempuh. Angka kematian begitu merungsingkan, dan kita mesti lakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan ini.

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut mengungkapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham adalah beberapa doktor yang juga influencer di media sosial.

Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh covid19. pic.twitter.com/zpg0F4U8FG

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah. Semoga Allah menempatkan Siti Sarah di syurgaNya. Our hearts go out to her husband and their young children.

— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
BACA: 'Pergilah Siti Sarah, kami menyusul nanti' - Peminat, rakan artis ucap takziah
Allahyarham dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen tidak stabil selepas disahkan dijangkiti COVID-19 pada 25 Julai lalu.
Terdahulu, Allahyarham pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempatnya ketika menerima rawatan.
Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.
Allahyarham dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
[TERKINI] Takziah: Siti Sarah meninggal dunia akibat COVID-19
#Siti Sarah #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #meninggal dunia #rakyat Malaysia #ICU #sesak nafas #paras oksigen rendah