KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 atau Delta Plus dikesan di Malaysia.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu, kes-kes tersebut merupakan kes import, iaitu pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom.
“Kedua-dua rakyat Malaysia ini telah sampai di KLIA pada 2 Oktober 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama.
“Walau bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin,” jelas Dr Noor Hisham.
Tambah beliau, sampel-sampel tersebut telah menjalani proses penjujukan genom penuh di UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM) dan laporan keputusan dikeluarkan pada 30 Oktober lalu.
Jelas Dr Noor Hisham, varian AY.4 merupakan salah satu daripada 75 jenis ‘lineage’ yang berasal dari varian Delta.
“Salah satu sublineage AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus”. Varian AY.4.2 ini mempunyai dua (2) mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.
“Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober 2021 telah menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI).”
Namun tegas beliau, vaksin yang digunakan ketika ini masih berkesan terhadap varian berkenaan, manakala langkah-langkah pencegahan seperti kuarantin dan ujian saringan dapat mengurangkan risiko penularan varian tersebut di Malaysia.
“KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Institute for Medical Research Malaysia (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu varian Delta manakala UMBI-UKM pula telah mengesan sebanyak 46 kes baharu varian Delta.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) sebanyak 3,782 kes.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 27 Oktober lalu, terdapat peningkatan kes COVID-19 varian AY.4.2 sejak Julai lalu.
Sehingga kini, varian tersebut telah dikesan di sekurang-kurangnya di 42 negara.
Tambah WHO, 93 peratus daripada kes varian AY.4.2 dilaporkan di United Kingdom setakat ini dan menyumbang kepada 5.9 peratus daripada keseluruhan kes Delta di negara itu sejak 3 Oktober.
Nailah Huda
Sat Nov 06 2021
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes merupakan kes import iaitu pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom yang dikesan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar hiasan/BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Malaysia perlu pertingkat pengambilan dos penggalak
Satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini bersama-sama kedatangan pelawat dari China.
COVID-19: Omicron sama bahaya dengan varian lain - Kajian
Pendedahan ini menolak dapatan kajian sebelum ini, yang mendakwa varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi tidak menyebabkan kesan kritikal.
COVID-19: Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan
Varian tersebut dilaporkan sudah berada di 77 buah negara.
Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19
Kesemua tujuh kontak rapat kes pertama varian Omicron disahkan negatif selepas menjalani ujian RT-PCR.
Omicron: Tidak perlu terlalu bimbang jika patuh SOP - Pakar
Menurut Prof Madya Dr Malina Osman, keadaan COVID-19 negara masih terkawal walaupun ada kemungkinan terdapat beberapa kes Omicron yang lain.
COVID-19: Dua kes pertama Delta Plus dikesan di Malaysia
Dua kes tersebut membabitkan pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom.
PICK di landasan tepat, sasar 50 peratus rakyat Malaysia terima vaksin lengkap menjelang 31 Ogos - KJ
Angka ini datang bersama satu impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia bahawa kesan vaksinasi terhadap kesihatan awam akan mula dirasai.
Tidak mustahil kes baharu cecah 30,000 kes sehari
Jangkaan itu berdasarkan lima faktor termasuk kes melebihi angka 20,000 sehari sejak beberapa hari lepas, kadar kebolehjangkitan di semua negeri yang melebihi 1 peratus dan penularan varian Delta.
COVID-19: Varian Delta merebak di China, lebih 200 dijangkiti
Pegawai kesihatan tempatan di Nanjing memaklumkan tujuh daripada mereka yang dijangkiti berada dalam keadaan kritikal.
Perjalanan masih jauh untuk kembali normal - Pakar Penjujukan Genom UK
Apa yang diperlukan ialah pengawasan global yang jelas untuk varian baharu dan koordinasi mengenai vaksin terbaik sebagai persediaan masa depan.