SHAH ALAM: “Sudah tiga kali jadual umrah saya terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan COVID-19. Saya akui perasaan sedih itu ada, tapi saya reda,” demikian kata Salmahanim Ibrahim, 45.
Menurut Salmahanim, dia bersama suami dan dua lagi ahli keluarga lain sepatutnya berangkat ke Tanah Suci pada 13 Januari depan, namun terpaksa akur apabila hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi tertunda.
“Mengikut jadual asal, saya sepatutnya menunaikan umrah pada Mac tahun lalu tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka perjalanan ditangguhkan.
"Selepas itu, kami dijadualkan ke Tanah Suci pada 6 Januari ini tetapi disebabkan tiada penerbangan pada tarikh itu, maka ia dilewatkan kepada 13 Januari.
“Tetapi hari ini sekali lagi, hasrat untuk menunaikan umrah tidak kesampaian apabila kerajaan mengumumkan perjalanan umrah ditangguhkan sementara mulai 8 Januari.
“Perasaan sedih itu memanglah ada sebab kita tidak jangka. Tapi kami tetap reda kerana mungkin ada hikmah ALLAH SWT hendak sekat kita (supaya tidak) boleh pergi lagi, lagipun kesihatan lebih penting buat masa sekarang,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai buku sekolah di Semenyih, Selangor.
Bercerita lanjut, Salmahanim berkata, meskipun diuji sebanyak tiga kali, hasrat dan keinginannya untuk menjejak kaki ke Tanah Suci tidak pernah terhenti.
Malah katanya, dia dan ahli keluarga lain tidak berhasrat untuk menuntut semula wang yang telah dibayar kepada agensi umrah, sebaliknya tetap sabar menunggu tarikh baharu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 02 2022
Salmahanim bersama suami dan dua lagi ahli keluarga lain sepatutnya berangkat ke Tanah Suci pada 13 Januari depan, namun terpaksa akur apabila hasrat untuk tunaikan umrah sekali lagi tertunda. -Gambar hiasan
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
Tangguh umrah: Pembayaran pampasan selesai Mac lepas - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Keputusan tangguh umrah untuk jaga nyawa rakyat - Perdana Menteri
Mesyuarat Khas Kabinet esok akan bincangkan isu penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.
COVID-19: Jemaah reda tiga kali tangguh umrah
Salmahanim berkata, meskipun diuji sebanyak tiga kali, hasrat dan keinginannya untuk menjejak kaki ke Tanah Suci tidak pernah terhenti.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji dan umrah
Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.