KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 dari 12 hingga 18 Jun meningkat sebanyak 27.9 peratus atau 11,096 kes kepada 14,195 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-23).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata bilangan kes kematian pada ME ke-24 mencatat penurunan sebanyak 16 peratus iaitu 21 kes berbanding 25 kes pada minggu sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 setakat ini 35,732.
Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-24 pula meningkat sebanyak 9.3 peratus iaitu 24,053 kes berbanding ME ke-23 manakala jumlah kumulatif kes baharu kini 4,538,922.
"Purata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (nilai Rt) pula menunjukkan peningkatan 12.5 peratus iaitu 1.08 berbanding 0.96 pada minggu sebelumnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau bilangan kes sembuh pada ME ke-24 menurun 2.6 peratus (10,806 kes kepada 10,524 kes) berbanding ME ke-23, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,476,829 kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiada perubahan ketara bagi jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk untuk ME ke-24 berbanding ME sebelumnya.
"Bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat empat peratus. Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat 33 peratus.
"Secara keseluruhan, penggunaan katil PKRC menurun satu peratus dan penggunaan katil bukan kritikal pula meningkat satu peratus serta penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) meningkat dua peratus," katanya.
Dr Noor Hisham berkata kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) seluruh negara menunjukkan peningkatan dengan kedatangan pesakit ke CAC meningkat 22.1 peratus dan bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah juga meningkat 37.6 peratus.
Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital pula meningkat sebanyak 11.4 peratus, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes kematian pada ME ke-24 mencatat penurunan sebanyak 16 peratus. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kes demam denggi meningkat 14.6 peratus pada ME ke-19, dua kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 41,175 kes berbanding 14,724 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Indeks jenayah Sabah meningkat 22.06 peratus hingga Julai
Sabah menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain untuk perbandingan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.
COVID-19: Jumlah kes baharu meningkat, kematian catat penurunan minggu lepas - Dr Noor Hisham
Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 dari 12 hingga 18 Jun meningkat sebanyak 27.9 peratus berbanding pada minggu sebelumnya.
COVID-19: 1,482 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi
Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang 200 kes dan Sarawak 176 kes.
COVID-19: Jumlah kes baharu global menurun untuk minggu keempat
Lebih 3.1 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia minggu lalu, kes terendah sejak 26 Oktober 2020.
COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000
Daripada jumlah tersebut, 4,003 adalah jangkitan tempatan membabitkan 2,802 di kalangan warganegara dan 1,201 bukan warganegara.
871 kes baharu COVID-19, tertinggi dalam sejarah
Kes COVID-19 terus menunjukkan trend membimbangkan apabila 871 kes positif dicatatkan pada Ahad, tertinggi dalam sejarah penularan virus itu dalam negara.
Pulau Pinang rekod lonjakan kes antara tumpuan KP Kesihatan hari ini
Pulau Pinang merekodkan lonjakan kes COVID-19 dengan 141 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
COVID-19: 185 kes baharu di Singapura, sembilan kes dalam komuniti
Memasuki minggu ketiga fasa dua pembukaan semula ekonomi, Singapura hari ini melaporkan 185 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan sembilan kes dalam komuniti.
Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia lepasi angka 1,000 orang
Sebanyak 16 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1,007 orang.