KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 0.87 selepas catat 0.86 untuk dua hari berturut-turut.

Namun, tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Berdasarkan infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitternya, Kuala Lumpur mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.02.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Selangor, Sabah dan Kelantan.

Seterusnya Johor, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak  dan Perlis catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.


Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.