PUTRAJAYA:Waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi jumlah penumpang yang ramai.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa kerana penumpang yang ramai.
"Bagi satu kapal terbang masa yang dijangka diambil ialah sekurang-kurangnya dua jam, mungkin lebih. Kalau lebih daripada satu kapal terbang iaitu tiga atau empat kapal terbang yang tiba ia mungkin mengambil masa panjang.
"Masalah yang berlaku ialah kerana ramai penumpang. Jadi kena tunggu dan bersabar," katanya mengulas mengenai aduan dan laporan terdapat penumpang yang terpaksa menunggu sehingga enam jam untuk menjalani ujian COVID-19.
Ditemui pemberita selepas merasmikan 7th Malaysia Breast Care Nurse Meeting 2020 di Institut Kanser Negara di sini hari ini, Dr Noor Hisham berkata KKM telah menambah 90 lagi petugas di terminal utama KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menjadikan jumlah petugas seramai 400 orang.
Dr Noor Hisham pada Sabtu mengumumkan peraturan yang mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di kawasan pintu masuk bermula 27 Sept hingga 10 Oktober ini.
Beliau yang turut melawat KLIA pada 3 pagi hingga 5 pagi tadi berkata keadaan masih terkawal dan terdapat petugas KKM yang bekerja syif berganda iaitu sehingga 16 jam.
Menurutnya, ujian swab dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu swab hidung dan mulut, kemudian penumpang akan dipakaikan gelang, diberi keterangan mengenai COVID-19 dan tindakan yang perlu mereka ambil.
Dr Noor Hisham berkata keputusan ujian saringan ke atas penumpang dari Sabah akan diketahui dalam masa 24 hingga 72 jam.
"Mereka yang positif akan dihantar ke hospital manakala yang negatif tapi ada terdedah kepada kes positif akan dikuarantin 14 hari," katanya.
Ditanya sama ada KKM ada memberi sebarang nasihat kepada Sabah memandangkan pilihan raya negeri itu sudah berakhir, Dr Noor Hisham berkata tindakan seterusnya untuk Sabah akan diumumkan hari ini.
Mengenai kes COVID-19 yang dilaporkan di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang, Dr Noor Hisham berkata ia kemungkinan disebabkan individu yang tidak menyedari diri mereka positif COVID-19.
"Apabila mendapat maklumat (berlaku kes COVID-19) di pusat beli-belah, kena nyahkuman kawasan itu sebagai langkah pencegahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Dr Noor Hisham pada Sabtu mengumumkan peraturan yang mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di kawasan pintu masuk bermula 27 Sept hingga 10 Oktober ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.