KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 21/2022 menurun sebanyak 4.2 peratus iaiitu daripada 13,630 kes kepada 13,076 kes pada ME-20.

Sementara bilangan kes kematian pada ME-21 juga menunjukkan penurunan kepada 34.5 peratus iaitu daripada 29 kes kepada 19 kes.

Dalam satu kenyataan secara mingguan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, purata kes aktif setiap hari bagi ME-21 adalah 25,360 iaitu terdapat penurunan sebanyak 15.1 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Turut catat penurunan adalah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk yang dilaporkan berkurang sebanyak 10 peratus.

Namun penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 17 peratus.

Penggunaan katil bukan kritikal pula tiada perubahan begitu juga dengan penggunaan katil di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) catat tiada perubahan.

Purata nilai R-Naught juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.1 peratus pada ME-21 berbanding minggu sebelumnya.