KUALA LUMPUR: Kes kematian harian akibat COVID-19 melonjak kepada 98 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, kumulatif kematian di negara ini adalah 2,650 kes.

Pada masa sama, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan hari ini.

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,836 kes, diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).


Ia menjadikan kes aktif ketika ini adalah 76,218 kes.

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini adalah 5,527 kes dengan jumlah kes sembuh ketika ini adalah 479,666 kes.

Jumlah kes yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah 844 kes dengan 430 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berikut merupakan pecahan kes baharu dan kumulatif setiap negeri:

Selangor - 2,836 (182,338)
Kelantan - 907 (26,481)
Negeri Sembilan - 898 (25,584)
WPKL - 789 (57,651)
Sarawak - 726 (46,162)
Johor - 468 (57,461)
Kedah - 468 (18,023)
Pulau Pinang - 345 (28,050)
Melaka - 340 (11,532)
Perak - 272 (20,167)
Sabah - 265 (61,847)
WP Labuan - 253 (3,423)
Pahang - 216 (9,119)
Terengganu - 189 (8,353)
WP Putrajaya - 29 (1,851)
Perlis - 19 (492)

 
Sumber Facebook DGHisham