SERAMAI 22,934,377 individu atau 70.2 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 77.3 peratus atau 25,240,631 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 21,993,417 individu atau 94 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Manakala, 97.3 peratus atau 22,756,938 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.5 peratus diikuti Labuan (101.2 peratus), Negeri Sembilan (100.7 peratus), Pulau Pinang (96.6 peratus), Perlis (96 peratus), Johor (94.8 peratus), Melaka (91.4 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.4).

Ini diikuti Kedah (85.4 peratus), Perak (84.6 peratus) dan Pahang (83.7 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (70.8 peratus), diikuti Kelantan (76.8 peratus).

Selain itu, seramai 940,960 atau 29.9 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 207,541 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48,046,427 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.