COVID-19: Lima kematian direkod, tiada BID

Kes ICU membabitkan 24 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 45 lagi memerlukan mesin ventilator. -Gambar hiasan/ETX Studio
ANGKA kematian akibat jangkitan COVID-19 terus mencatatkan penurunan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,547 orang, daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 45,506 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 44,214 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 33 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 1,190 kes dirawat di hospital dan 79 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 24 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 45 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

