KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 2,579 jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan berkata melalui data yang dikeluarkan di portal COVIDNOW, ini menjadikan jumlah baharu kepada 4,445,897 kes sejak wabak itu bermula.

Daripada 2,579 itu, enam kes import manakala 2,573 kes tempatan.

Terdapat 6,055 kes pulih pada Jumaat, menjadikan jumlah kes aktif di Malaysia sebanyak 50,294.

Daripada kes aktif, 97.3 peratus atau 48,924 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 34 orang, atau 0.1 peratus daripada jangkitan aktif dirawat di pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) berisiko rendah.

Hanya 2.5 peratus kes aktif atau 1,258 individu perlu dimasukkan ke hospital, dengan 78 dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50 memerlukan sokongan ventilator.