COVID-19: Malaysia catat 3,175 kes baharu

Astro Awani
Januari 11, 2022 12:11 MYT
Jumlah kumulatif jangkitan dalam negara mencapai 2,792,035 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara melaporkan 3,175 kes baharu COVID-19 pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan angka terbaharu itu jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,792,035 kes.
Jumlah kes mengikut negeri dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Pada 11 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,175 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,792,035 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 18 kematian.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,696 kes.
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 229 pesakit dan daripada jumlah itu, 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,977 kes sekali gus angka kumulatif sembuh ialah 2,720,399.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, iaitu 3,115 kes atau 98.1 peratus.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5 iaitu 60 kes, atau 1.9 peratus.
Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir ialah 470 kes dengan tiada pertambahan kes baharu hari ini, manakala kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) pula kekal 15 kes.
Kluster COVID-19 di PPS pula ialah satu kluster, dengan tiada pertambahan kluster baharu hari ini.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #jangkitan