KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini, dengan 44 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kematian membabitkan warganegara manakala seorang lagi bukan warganegara.

Sehingga kini, katanya, kes kematian membabitkan COVID-19 di negara ini direkodkan sebanyak 1,866
kes kumulatif atau 0.40 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan.


Dalam perkembangan sama, sebanyak 4,140 kes baharu dicatatkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 466,330 kes.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,131 dikesan melibatkan warganegara manakala sembilan lagi bukan warganegara.


Sebanyak 3,432 kes sembuh turut direkodkan hari ini, dengan jumlah kes aktif sebanyak 42,135 setakat ini.

Ketika ini, 482 pesakit sedang menerima dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 250 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,507 kes, diikuti Johor sebanyak 433 kes manakala Kuala Lumpur sebanyak 398 kes.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:

Selangor - 1,507

Sabah - 60

Johor - 433

WP KL - 398

Sarawak - 324

P Pinang - 338

N Sembilan - 190

Kelantan - 109

Perak - 182

Kedah - 239

Melaka - 97

Pahang - 116

Terengganu - 119

WP Labuan - 3

WP Putrajaya - 23

Perlis - 2