KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia pada Sabtu kekal pada 1.01 untuk dua hari berturut-turut.

Bagaimanapun 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) antara negeri terbabit adalah Putrajaya, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Perak serta Terengganu.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula adalah Melaka, Sabah, Perlis serta Sarawak.


Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.