KUALA LUMPUR: Perkembangan wabak COVID-19 dalam negara terus memperlihatkan angka tinggi direkodkan dengan 8,290 jangkitan baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Susulan itu, jumlah kes keseluruhan COVID-19 dalam negara ialah 549,514 kes. 

Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes kematian baharu akibat virus itu ialah 61 kes, menjadikan  jumlah kumulatif 2,552 kematian setakat ini. 

Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.

Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).

Dalam pada itu, sebanyak 4,814 kes sembuh baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 474,139 kes.

Manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 72,823 dengan 808 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 403 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.