KUALA LUMPUR: Pemakai pelitup dan pelindung muka dapat membantu mengelakkan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Saranan itu dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekiranya prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dan arahan tinggal di rumah dilonggarkan atau tidak dapat dilaksanakan.

"Halangan terhadap titisan pernafasan udara bersama dengan kebersihan tangan dan mengelakkan menyentuh wajah dapat menyelamatkan nyawa," katanya dalam satu kenyataan di media sosial, pada Isnin.

Beberapa kelonggaran SOP diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 di beberapa negeri dan wilayah dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 hingga 3.

Antara kelonggaran tersebut termasuk pembukaan semula beberapa sektor ekonomi dan sosial dan aktiviti makan di restoran, riadah, rekreasi serta merentas daerah.

Pada Ahad jangkitan baharu COVID-19 menunjukan sedikit penurunan apabila sebanyak 19,807 kes dilaporkan berbanding 22,262 hari sebelumnya.

BACA: COVID-19: Hanya 0.5 peratus kes baharu kritikal, ini tumpuan kenyataan media KKM

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,555,093 kes.

 
Sumber Facebook DGHisham