PUTRAJAYA: Bilangan kematian mencatatkan peningkatan sebanyak 60.5 peratus atau 65,584 kematian pada suku ketiga tahun ini berbanding 40,858 kematian pada suku ketiga 2020, menurut laporan berkaitan Perangkaan Demografik bagi suku tahun ketiga 2021.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini, Selangor merekodkan kadar kematian tertinggi iaitu 13,926 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar terendah dengan 90 kematian.
"Kematian disebabkan oleh COVID-19 menjadi penyumbang utama kepada peningkatan ketara bilangan kematian pada suku ketiga 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Daripada jumlah keseluruhan kematian pada suku ketiga 2021, sebanyak 21,165 kematian adalah akibat COVID-19 iaitu peningkatan sebanyak 15 kematian bagi tempoh sama 2020, katanya.
Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi akibat COVID-19 dengan 7,788 kematian manakala Putrajaya mencatatkan kematian terendah dengan hanya sembilan kematian, katanya.
Menurut Mohd Uzir, kematian disebabkan oleh COVID-19 turut menunjukkan peningkatan pada suku ketiga 2021 di negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura serta Vietnam dan trend sama dicatatkan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan United Kingdom.
Beliau berkata kelahiran hidup mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 peratus kepada 120,147 kelahiran berbanding 120,725 kelahiran bagi tempoh sama tahun lepas.
Katanya, kelahiran bayi lelaki melebihi bayi perempuan iaitu 61,613 kelahiran berbanding 58,534 bayi perempuan, dengan Selangor mencatatkan bilangan kelahiran tertinggi iaitu sebanyak 22,956 bayi manakala Labuan mencatatkan kelahiran terendah dengan 430 kelahiran.
Mohd Uzir berkata penurunan bilangan kelahiran adalah selari dengan negara lain seperti AS, Korea Selatan , United Kingdom, Perancis dan Sepanyol.
Beliau berkata penduduk Malaysia pada suku ketiga 2021 dianggarkan 32.67 juta, meingkat 0.2 peratus berbanding 32.60 juta pada suku ketiga 2020.
"Jumlah penduduk merangkumi 30.01 juta orang atau 91.9 peratus manakala 2.65 juta orang atau 8.1 peratus bukan warganegara," katanya.
Pada suku ketiga 2021, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing sebanyak 16.77 juta dan 15.89 juta, dengan nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, menurut Mohd Uzir.
Beliau berkata tiga negeri mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku ketiga 2021 adalah Selangor (20.1 peratus) diikuti Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi akibat COVID-19 dengan 7,788 kematian manakala Putrajaya mencatatkan kematian terendah dengan hanya sembilan kematian, katanya. - Gambar fail
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
COVID-19: 40 lagi kematian direkod, 7 BID
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,769, daripada 2,551,250 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
COVID-19 penyumbang utama peningkatan ketara jumlah kematian pada suku ketiga 2021
Bilangan kematian mencatatkan peningkatan sebanyak 60.5 peratus atau 65,584 kematian pada suku ketiga tahun ini berbanding 40,858 kematian pada suku ketiga 2020.
COVID-19: Kes positif global lepasi 118.86 juta, kematian 2.63 juta
Amerika Syarikat terus kekal negara paling teruk dengan lebih 29.32 juta kes, diikuti India dan Brazil.
7 kematian akibat COVID-19 hari ini, 6 di Sabah, 1 di Selangor - KP Kesihatan
Malaysia merekodkan tujuh kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad dengan enam daripada kes itu melibatkan pesakit di Sabah manakala seorang di Selangor.