KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan Perutusan Khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pukul 6 petang ini.
Perutusan tersebut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Perdana Menteri dan saluran televisyen termasuk di saluran 501 Astro AWANI dan di semua platform media sosial Astro AWANI.
Pada 8 Januari lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman oleh perdana menteri itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang bakal diambil Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.
"Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan.
“Sementara itu, saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media tersebut.
Pemerhati menjangkakan perdana menteri akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, dan Johor.
Untuk rekod, jangkitan baharu harian COVID-19 pada 10 Januari ialah sebanyak 2,433 kes, dengan kes harian tertinggi dicatatkan sepanjang masa sejak PKP dilaksanakan ialah pada 7 Januari lepas, iaitu sebanyak 3,027 kes.
Jumlah kematian yang tercatat ialah sebanyak 551 kes, bersamaan dengan 0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 135,992 kes.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes.
Bagaimanapun, kadar sembuh sepenuhnya terus menunjukkan angka yang meyakinkan iaitu sekitar 75 hingga 85 peratus dengan jumlah terkini sembuh sepenuhnya ialah 108,109 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan kebimbangan ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 yang dikhuatiri memberi tekanan lebih berat terhadap sistem penjagaan kesihatan negara ini.
Dalam catatan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata beliau mengharapkan agar masyarakat dan semua pihak untuk membantu para petugas barisan hadapan, khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha meminimakan kesan gelombang ketiga pandemik itu.
“Bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit COVID-19. Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahad dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes COVID-19.
“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan.
"Marilah bantu negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita.
"Semoga kita semua terlindung daripada musibah COVID-19,” katanya lagi.
Pada 7 Januari lepas, Dr Noor Hisham melalui ciapan di Twitternya berkata KKM menganggarkan jumlah kes harian COVID-19 boleh mencecah 8,000 pada pertengahan Mac jika kadar jangkitan (R0 atau R naught) kekal pada 1.2.
Beliau berkata menurut unjuran kementerian, dengan R0 1.2, Malaysia akan merekodkan 5,000 kes harian pada minggu ketiga Februari dan 8,000 pada minggu ketiga Mac.
Ujarnya lagi, R0 semasa adalah di antara 1.1 dan 1.2, namun beliau menjangkakan jumlah kes akan meningkat dalam satu atau dua minggu selepas perayaan tahun baharu.
Susulan kenyataan itu, Menteri Kanan Ismail Sabri memaklumkan jumlah katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 tidak akan mencukupi sekiranya kes harian mencecah 5,000 atau 8,000, dan amat sukar untuk kerajaan mengatasi masalah berkenaan.
Untuk rekod, PKP pertama kali diumumkan oleh perdana menteri pada 16 Mac tahun lepas dan diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Pelaksanaan PKP bermula 18 Mac hingga 4 Mei itu menyaksikan hampir kesemua sektor dan industri penting negara ditutup, dan negara kehilangan hampir RM22.8 bilion dari segi output ekonomi pada suku pertama 2020.
Selain itu, statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 28 Oktober lalu mencatatkan seramai 90,470 orang hilang pekerjaan.
Kerajaan membuat keputusan melonggarkan PKP, dan menggantikannya dengan PKP Bersyarat (PKBB) pada 4 Mei 2020 dan seterusnya PKP fasa Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020.
Bagaimanapun, susulan penularan mendadak kes COVID-19 dalam komuniti tempatan yang didakwa sesetengah pihak berpunca daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas, PKP dilihat kembali menjadi pertimbangan utama Kerajaan Persekutuan.
*Tonton pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Saluran 501, www.astroawani.com/live-tv dan semua platform media sosial Astro AWANI jam 6 petang Isnin.
*Astro AWANI akan membawa analisis komprehensif dan terkini berhubung pelaksanaan PKP dari semasa ke semasa.
Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
Mon Jan 11 2021
Perdana Menteri dijangka mengumumkan PKP 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah, petang ini. -Gambar fail
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan kononnya Ahli Parlimen pembangkang dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
Kanak-kanak 8 tahun cedera jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dipercayai menjadi mangsa buki anak-anak jiran di Hulu Langat, Kajang baru-baru ini.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Iran nafi diserang Israel, anggap ia propaganda Barat
Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti mana yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.