KUALA LUMPUR: Ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan berikutan kesan ekonomi daripada pandemik COVID-19.

Atas keprihatinan, syarikat pembangunan dan teknologi digital, Terato Tech terus membantu mereka yang terjejas melalui inisiatif kitajaga.co.

Orang ramai boleh melayari laman web KitaJaga untuk mendapatkan bantuan mahupun menghulurkan bantuan.

Teknologi yang disediakan memudahkan orang ramai untuk mengaktifkan perkhidmatan lokasi melalui maklumat global positioning system (GPS).

Mereka yang mahu dibantu hanya perlu klik di butang aplikasi "Saya perlu bantuan" dan mereka yang berhasrat untuk membantu boleh menekan butang aplikasi "Saya ingin bantu".

Inisiatif ini juga diwujudkan bagi mengelakkan kerenah birokrasi dan mengatasi proses tradisional dalam menyampaikan bantuan.

Ketika ini, Terato Tech juga banyak menerima permintaan mereka yang berminat untuk melakukan sumbangan.

Terato Tech juga percaya lebih banyak masalah boleh diselesaikan melalui kerjasama komuniti dengan hanya menggunakan teknologi, data dan kod disediakan.


 


Astro AWANI membawakan laman kitajaga di platform Digital dengan kerjasama Terato Tech sebagai tanda solidariti bersama masyarakat Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19. 

Platform 'kitajaga' dekati masyarakat memerlukan