KUALA LUMPUR : Kes harian COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 6,806 jangkitan baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 492,302.

Semalam, negara merekodkan jumlah kes harian sebanyak 6,075.

Dalam tempoh yang sama, jumlah korban akibat COVID-19 juga meningkat dengan pertambahan 59 kematian baharu mejadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,099 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor masih mencatatkan angka tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,277 kes diikuti Kuala Lumpur (655 kes) dan Johor (245 kes).

Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:

Selangor - 2,277
Sabah - 245 
Johor - 615
WPKL - 655
Sarawak - 608
P Pinang - 362
N Sembilan - 291
Kelantan -426
Perak - 248
Kedah - 417
Melaka - 212
Pahang - 157
Terengganu - 233
WP Labuan - 17
WP Putrajaya - 35
Perlis - 8

Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua kes yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 50,171 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehingga kini, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 587 orang dan daripada jumlah itu, 330 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka pesakit sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 3,916 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 440,032.