KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat jangkitan COVID-19 catat sedikit penurunan pada sabtu berbanding hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi.

ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,579 orang, daripada 4.41 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (bid).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 seluruh negara susut ke 23,276.

Daripada jumlah itu, 22,146 individu atau 95.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 19 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 1,025 kes dirawat di hospital dan 86 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 46 pesakit memerlukan mesin ventilator.