COVID-19: Wujudkan pusat sehenti kesihatan di sekolah, elak penularan

Khairunnisa Kasnoon
Mac 8, 2021 21:17 MYT
Kumpulan yang terlibat dnegan pusat sehenti kesihatan itu kelak berperanan untuk bertindak segera sekiranya ada dalam kalangan anak-anak yang didapati bergejala. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pihak sekolah disaran untuk mengadakan satu pusat sehenti pemeriksaan kesihatan di sekolah masing -masing bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar.
Yang Dipertua Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berpendapat, dengan adanya pusat sehenti itu kelak, ia akan membantu benanan guru yang sedang berdepan kekangan.
"Kami amat yakin di sekolah-sekolah pasti ada golongan ibu bapa yang bekerja dalam sektor kesihatan seperti doktor tetapi tidak terlibat secara langsung sebagai barisan hadapan di hospital, mungkin boleh berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk mengadakan OSC Health Screening.
Tidak perlu ramai, mungkin seorang atau dua ibu bapa dan ia ada aturan shift supaya boleh berganti-ganti,” kata ketika dihubungi Astro AWANI.
Ujar Ismalina, kumpulan terlibat berperanan untuk bertindak segera sekiranya ada dalam kalangan anak-anak yang didapati mempunyai simptom.
“Jadi bermakna tiba-tiba ada simptom pada anak-anak, mereka boleh terus dirujuk dulu atau mungkin OSC akan terus menguruskan anak-anak dibawa untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya lagi sebagai mengulas sesi persekolahan yang bermula sepenuhnya pada Isnin.
#COVID-19 #pelajar #kesihatan #guru #mimbar #Datin Seri Ismalina