IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan arahan kepada semua masjid di Perak supaya mengadakan solat sunat istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata arahan itu mungkin dikeluarkan esok atau dalam masa terdekat.
"Kita akan buat (solat sunat Istisqa) dalam masa terdekat sebab kita tengok awan ada nampak nak hujan pula, tetapi insya-Allah kita akan buat.
"Mungkin kita arahkan hari esok, esok saya akan keluarkan surat mungkin Selasa, Rabu kalau masih lagi cuaca begini (panas) kita akan teruskan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 JAIPk bersama Persatuan Cina Muslim Ipoh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Perak akan mengadakan solat sunat istisqa atau solat sunat meminta hujan ekoran cuaca panas ketika ini.
Pada 10 Mei, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak, antaranya melibatkan Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.
Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut
Sementara itu, ditanya mengenai ajaran meragukan di sebuah banglo lama terbiar di Bagan Serai, Harith Fadzilah berkata JAIPk akan segera bertindak sekiranya menerima laporan berlakunya perkara tersebut.
"Setakat ini masih belum menerima apa-apa laporan, tetapi jika betul kejadian itu berlaku kita akan bertindak segera. Tindakan seterusnya kita akan buat siasatan, lepas itu baru kita akan kenal pasti adakah ajaran itu meragukan atau sebaliknya.
"Kita akan tengok bagaimana acara ajaran itu berjalan sebab kita akan buat kertas (laporan) untuk bawa ke jawatankuasa fatwa yang akan memutuskan sama ada ajaran itu sesat atau tidak," katanya.
Harith Fadzilah berkata sekiranya didapati ajaran itu bertentangan dengan agama Islam, JAIPk akan mengangkat perkara itu kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk digazetkan atau diwartakan sebagai ajaran yang meragukan.
Pada 3 Mei, media melaporkan sebuah banglo lama yang terbiar di Bagan Serai dipercayai dijadikan tempat menjalankan aktiviti pemujaan nombor ekor oleh pihak tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan arahan kepada semua masjid di Perak supaya mengadakan solat sunat istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Cuaca panas: JBS Kelantan tiada masalah anjur Program Larian Lebaran
Kedua-dua acara dimulakan seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir dalam tempoh sejam bertempat di AEON Mall Lembah Sireh.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A.
MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 14 kawasan
Amaran tahap berjaga-jaga di keluarkan apabila suhu maksimum harian cecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Melaka siap siaga hadapi peralihan monsun - Exco
Kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Melaka.
Tiga LRA di Papar kini hasilkan 58 juta liter sehari air terawat - Armizan
Tiga Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Papar telah mampu menghasilkan 58 juta liter sehari (MLD) air terawat bermula 10 malam tadi.