Cuboree tingkat kemahiran berdikari orang muda

AWANI Rangers USM
Mac 27, 2018 12:11 MYT
Kesemua peserta berkampung selama tiga hari yang dikendalikan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia USM - Foto AWANI Rangers USM
Pelbagai aktiviti yang beripaya membentuk sahsiah dan kemahiran diri diperkenalkan dalam program Cuboree dan Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Daerah Bayan Lepas 2018 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mac lalu.
Dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Lepas, merangkap wakil JPN Pulau Pinang, Fauziah Saad, program tersebut disertai seramai 172 peserta dari 9 buah sekolah rendah, 15 dari sekolah menengah dan 20 urusetia dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia USM.
Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu merangkumi beberapa aktiviti iaitu laung agung, sistem sekawan, permainan pengakap, masakan rimba, persetiaan pengakap, pertolongan cemas, malam pengakap dan pengenalan tentang pengasas pengakap.
Program itu sedikit sebanyak telah meningkat kemahiran berdikari bagi pelajar sekolah rendah dalam menguruskan diri selama perkhemahan berlangsung.
Tapak perkhemahan yang berada di kawasan pesisir pantai juga secara tidak langsung mendidik pelajar untuk menghargai alam sekitar yang berada di sekeliling.
Hasil dari perkhemahan tersebut, seramai 42 orang peserta telah berjaya mencapai tahap sebagai Ketua Sekawan dan 130 peserta sebagai Penolong Ketua Sekawan.

* Laporan disediakan Muhammad Solahuddin Maula Abd Halim, AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia.
** Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
*** AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia.
#AWANI Rangers #AWANIRangers #Balik Pulau #Cuboree #Pengakap #Universiti Sains Malaysia #USM