AYER KEROH:Sebanyak 66.9 peratus doktor di negara ini mengakui pernah melalui pengalaman dibuli atau diganggu dari segi mental dan fizikal, ketika bertugas di sektor awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, perkara yang didedahkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) itu melibatkan golongan muda yang berusia 26 hingga 35 tahun.
Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu juga menjadi penyumbang utama peratusan kes buli ini meningkat.
Katanya, sudah tiba masanya kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak tegas dalam mengatasi masalah buli dalam kalangan golongan penting berkenaan kerana budaya buli dalam alam pekerjaan terutama di bidang profesional dan kritikal seperti doktor tidak wajar dan tidak boleh diterima.
Ujarnya lagi, gejala buli ini akan menjadikan emosi dan kualiti kerja pengamal perubatan terjejas seterusnya menjejaskan kualiti kerja mangsa, bahkan merisikokan nyawa pesakit yang menerima rawatan daripada doktor-doktor yang menjadi mangsa buli.
“Apatah lagi ketika pandemik COVID-19 ini, dengan mereka yang tidak dapat rehat yang cukup, dengan situasi suasana kerja, dengan PKP yang mana mereka anak mereka tidak ada tempat untuk mereka tinggalkan.
"Ia sebahagian daripada kekangan yang boleh ditakrif sebagai buli, dimana ketua perkhidmatan terus menekan untuk diberi perkhidmatan dalam tempoh agak panjang. Dalam masa sama keluarga mereka juga terkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) kali ke-27 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Terdahulu, persidangan berkenaan dirasmikan secara maya oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi ucapan ringkas selama kira-kira 10 minit.
Mengulas lanjut ujarnya, KKM perlu melakukan siasatan dalaman bagi memastikan gejala buli ini dicegah selain mengemukakan data mengenai budaya itu dalam kalangan doktor mahupun petugas kesihatan lain termasuk jumlah kes yang diselesaikan serta tindakan yang diambil.
KKM juga perlu merangka dan menyediakan satu platform yang membolehkan mangsa buli mengutarakan masalah mereka tanpa menjejaskan identiti serta kedudukan sekiranya membuat aduan, bagi memberi keyakinan kepada warga kerja.
Selain itu, KKM turut digesa untuk melatih dan memberi penekanan yang tegas kepada penyelia tentang budaya buli supaya gejala ini tidak melampau sehingga memberi kesan buruk yang mana setiap penyelia seharusnya mempunyai empati terhadap doktor pelatih atau kakitangan yang diselia dan tidak bertindak mengikut emosi.
Justeru, kerjasama antara Cuepacs dan MMA bersama KKM secara berterusan bagi membendung masalah buli ini perlu diperhebat kerana budaya itu boleh menjadi ‘barah’ seterusnya menjejaskan nilai, etika serta moral pekerja.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Dec 28 2020
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu juga menjadi penyumbang utama peratusan kes buli ini meningkat. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.