KUALA LUMPUR: Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penjelasan berhubung status kes siasatan jemaah umrah yang tidak mempunyai rekod vaksin COVID-19.
Presiden SAFTTA Dr Fathir Badri Alhadad melahirkan rasa terkilan hari ini memandangkan selepas empat hari kenyataan dibuat, KKM masih menyiasat perkara tersebut.
Agensi pelancongan itu juga mempersoalkan sama ada 14 peratus yang tidak mempunyai rekod vaksin itu benar-benar datang daripada kalangan jemaah umrah.
"Lebih lama masa KKM ambil, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah.
"Dapat dibaca dalam media sosial, rata-rata masyarakat menyalahkan jemaah umrah kerana sanggup menipu untuk mengerjakan ibadah tersebut, sehingga menarik perhatian beberapa mufti untuk memberikan komen.
"Oleh yang demikian, SAFTTA menuntut pihak KKM segara memberikan kenyataan berhubung perkara ini.
"Jika memang terbukti ia dikendalikan oleh agensi pelancongan, kami akan menyokong untuk agensi tersebut diambil tindakan tegas oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khamis lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan siasatan awal KKM mendapati 122 kes positif Omicron selepas masuk ke Malaysia dengan 14 peratus atau 17 kes tiada vaksinasi.
Jelasnya, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan.
Mengulas lanjut, SAFTTA melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Khairy bahawa jemaah umrah yang tidak divaksin itu dikendalikan oleh agensi pelancongan.
"Untuk makluman, SOP untuk seseorang jemaah mengerjakan umrah yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi adalah sangat ketat.
"Maklumat jenis vaksin serta tahap kesihatan perlu dimasukkan ke aplikasi mereka yang dikenali sebagai Muqem 72 jam sebelum jemaah memulakan penerbangan.
"Aplikasi ini juga turut bersambung dengan dua aplikasi lagi iaitu Tawakalna dan Eatamarna yang mana informasinya saling berpaut untuk mendapatkan slot mengerjakan umrah, memasuki raudhah
dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi," ujarnya.
Sehubungan itu juga, SAFTTA menyambut baik siaran media MOTAC pada 9 Jan yang melahirkan keprihatinan terhadap nasib agensi pelancongan menghadapi waktu-waktu sukar ketika ini.
"Kami juga mengharapkan satu perbincangan berkaitan SOP dapat diadakan dalam masa terdekat ini.
"Kami juga telah mempunyai beberapa cadangan untuk dikongsikan yang mungkin dapat membantu pihak MOTAC dan Majlis Keselamatan Negara mengatasi permasalahan jemaah umrah ini," jelasnya.
Afiezy Azaman
Mon Jan 10 2022
Lebih lama masa yang KKM ambil untuk jalankan siasatan, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah, kata SAFTTA. - Gambar hiasan
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Bajet 2023: Pemulihan kewangan sektor pelancongan jadi keutamaan
Bagi pemain industri, cadangan kerajaan mewujudkan bank khusus untuk industri pelancongan adalah tepat untuk direalisasikan.
Sambut baik kebenaran umrah, SAFTTA sedia bincang SOP
Pemakluman awal itu memudahkan pihaknya berurusan semula dengan jemaah terutama berkenaan jadual perjalanan.
'Dah empat hari, apa status siasatan 'jemaah umrah' tiada rekod vaksin?'
Fathir Badri melahirkan rasa terkilan memandangkan selepas empat hari kenyataan dibuat, KKM masih menyiasat perkara tersebut.