Astro Publication
Wed Jul 29 2015
Daimler dan Renault-Nissan Alliance telah membawa persepakatan strategik mereka ke peringkat seterusnya dengan keputusan untuk memulakan sebuah kilang pemasangan kenderaan yang baharu di Aguascalientes, tengah Mexico.
Sebuah syarikat baharu yang dikenali sebagai COMPAS (Cooperation Manufacturing Plant Aguascalientes) telah diwujudkan dengan pemilikan 50:50 antara Daimler dan Nissan. Pelaburan US$1 bilion akan dikongsi antara kedua-dua pihak merangkumi pembinaan dan pengoperasian kilang pemasangan ini.
Produk yang akan keluar daripada kilang ini adalah khususnya kenderaan kompak premium generasi terkini untuk jenama-jenama Mercedes-Benz (yang dimiliki Daimler) dan Infiniti (yang dimiliki Nissan).
Kilang ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran permulaan sebanyak 230,000 unit setahun dan akan memerlukan 3,600 tenaga kerja menjelang tahun 2020. Potensi untuk meningkatkan pengeluaran wujud sekiranya terdapat permintaan dan berdasarkan keadaan pasaran pada waktu itu.
Pengeluaran model Infiniti daripada kilang COMPAS dijangka akan bermula pada 2017 manakala Mercedes-Benz pula pada tahun 2018.
COMPAS akan diuruskan oleh pasukan pengurusan daripada Daimler dan Nissan yang berpengalaman luas di dalam industri ini.
Sepertimana kata ketua pegawai kewangan COMPAS, Uwe Jarosch (daripada Daimler), “Dengan COMPAS, Mercedes-Benz Cars akan mempunyai lokasi pengeluaran kereta kompak pertama di kawasan NAFTA, membenarkan kami untuk memberi khidmat kepada pelanggan dengan lebih fleksibel dan cekap.”
Daimler dan Infiniti telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan kenderaan kompak premium generasi terkini pada Jun 2014. Dalam persetujuan tersebut, kerjasama akan diperlukan untuk setiap proses ketika pembangunan produk, tetapi akan masih mengekalkan identiti jenama masing-masing. Oleh itu, rekaan, ciri pemanduan dan spesifikasi masih lagi berbeza antara satu sama lain.
Selain daripada kilang di Mexico ini, Daimler dan Nissan akan turut menghasilkan kenderaan kompak premium generasi terkini ini di beberapa lokasi lain, termasuk Eropah dan China.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Arah terkini teknologi stesen cas kenderaan EV dan senibina
Pengguna kenderaan EV tidak perlu lagi bersusah-payah dengan wayar. Kan elok jika semuanya dilakukan ‘wireless’?
Daimler dan Renault-Nissan akan buka kilang bersama di Mexico
Bakal beroperasi pada 2017 untuk menghasilkan kenderaan kompak premium generasi terkini Mercedes-Benz dan Infiniti