KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki warga Afrika di sebuah restoran di ibu negara Jumaat lalu, kerana dipercayai menipu seorang wanita hingga mengalami kerugian lebih RM1.4 juta selepas berkenalan dengan seorang 'jurutera' Afrika Selatan yang bekerja di New Zealand.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu telah berkenalan dengan lelaki warga asing itu melalui Facebook pada April lepas dan meneruskan perkenalan sehingga ke aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor telefon antarabangsa.
Beliau berkata mereka tidak pernah berjumpa dan sejak April, suspek telah meminta mangsa yang bekerja sendiri mendahulukan wangnya bagi membeli bahan mentah bagi satu projek yang tidak diketahui.
"Akibat mempercayainya, mangsa telah membuat 37 transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah RM1,445,900.
"Tidak lama kemudian, mangsa menerima panggilan daripada sebuah syarikat penghantar barang (Global International Diplomatic Services) memaklumkan terdapat 'kiriman' dipercayai daripada suspek untuk mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata pada 8 Sept lepas, dua suspek telah bertemu mangsa dan membawa beg berisi wang US$4,200 (kira-kira RM19,813,500) dipercayai kiriman untuk mangsa.
Bagaimanapun, mangsa perlu mempunyai Origin Certificate (sijil asal) dan Ownership Certificate (sijil pemilikan) untuk menerima kiriman itu dan sekiranya tidak, mangsa perlu membayar yuran simpanan sebanyak RM170,000.
"Kerana telah kehabisan wang, mangsa telah menolak untuk membuat pembayaran berkenaan dan hanya sedar bahawa dia ditipu suspek serta tampil membuat laporan polis pada awal bulan ini," katanya.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga suspek warga Afrika yang disyaki terlibat dalam kes itu.
Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan telah berada di Malaysia sejak 2019.
Menurutnya, kesemua suspek yang berumur lingkungan 35 hingga 48 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
Mangsa yang berusia 54 tahun itu telah berkenalan dengan lelaki Afrika terbabit melalui Facebook pada April lepas. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Afrika tumpas
Hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan dan menahan dalang utama sindiket iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang.
Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan
Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak.
Serang anggota polis, 20 warga Nigeria mengaku tidak bersalah
Antara lain, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis yang menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Polis Negeri Sembilan tumpas sindiket 'Love Scam', 15 warga Afrika ditahan
Serbuan yang dijalankan pada 2 Julai hingga 7 Julai lepas, di tiga kediaman yang disewa di sekitar Port Dickson, Mambau dan Puchong, Selangor.