KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pihak yang terbabit dalam isu tular membabitkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa melanggar SOP ketika menyambut 1 Syawal.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali, maklumat awal polis mendapati sambutan tersebut hanyalah dalam kalangan keluarga menteri itu sahaja dan tidak membabitkan pihak luar.

“Keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa dalam hantaran di Facebook yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan tersebut.



Susulan itu, pihak polis juga akan kedua-dua mereka serta anggota Pasukan Gerakan Am yang terlibat termasuk saksi-saksi lain.

“YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi yang lain akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” jelas Fadzil.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan pengguna media sosial agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.