Dalam berpolitik, gunakan pengaruh yang ada untuk mencari sesuatu yang dapat disumbangkan kepada rakyat dan bukannya mengaut keuntungan untuk diri sendiri apatah lagi terlibat dengan rasuah, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata, perkara itu tidak mustahil dilakukan sekiranya semangat Addabani Rabbi dapat diterapkan dalam diri dan dalam setiap perkara yang dilakukan.
"Rasulullah SAW dalam hadis baginda mengungkapkan Addabani Rabbi Faahsana Ta'dibi ber-maksud Tuhanku didiklah aku dengan didikan yang ter-baik dan sekiranya kita tercerna dari semangat Addabani Rabbi ini maka kita tidak akan cenderung ke arah politik sempit, mengadu domba, perkauman termasuk rasuah, maka kita akan dapat gunakan (pengaruh) untuk membela nasib rakyat.
"Sebab itu saya selalunya akan pastikan setiap pelabur yang datang saya akan cari jalan untuk dapatkan peruntukan daripada mereka yang boleh disumbangkan semula kepada rakyat sebagai contoh komputer untuk semua sekolah di Port Dickson... daripada ambil duit untuk komisen dan rasuah yang sudah jahanamkan negara lebih baik gunakan pengaruh kita bantu rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapanya semasa Lawatan Rasmi Anggota Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan peruntukan tambahan bernilai RM720,000 daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membina bumbung sekolah dataran sekolah pelajar SK Intan Perdana.
Mengulas lanjut, Anwar berkata terdapat satu syarikat besar akan membangunkan sebuah hotel bertaraf enam ke tujuh bintang di Port Dickson tetapi pembangunan hotel itu harus mendatangkan manfaat kepada rakyat bukan sahaja dari segi peluang pekerjaan bahkan kemudahan yang turut sama dapat dinikmati rakyat.
"Tadi dalam Pemukiman Pimpinan Keadilan bersama Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun telah dimaklumkan ada satu syarikat besar mahu bangunkan hotel enam tujuh bintang di Port Dickon, tidak salah untuk bangunkan pelancongan di Port Dickson tetapi rakyat juga harus dapat manfaatnya, takkan rakyat tengok sahaja hotel yang mahal-mahal ini?
"Maka pihak hotel bercadang akan adakan team park bersebelahan hotel yang dibuka kepada orang awam dengan harga kadar bayaran yang lebih murah.
"Saya juga ada minta daripada pihak hotel berikan latihan kepada anak muda di Port Dickson kerana hotel ini perlukan pekerja segera 400 orang dan apabila siap mereka perlukan 600 pekerja dengan kemudahan perumahan pekerja juga akan dibangunkan... ini apa yang dipersetujui pihak hotel," katanya.
Selain itu, Anwar berkata pihaknya juga ada meminta agar sebuah syarikat elektronik dan IT terbesar di Jepun untuk menyumbangkan kepakaran mereka kepada sebuah sekolah menengah di Port Dickson dan sekolah ini sekaligus akan menjadi anak angkat kepada syarikat ini.
"Saya tidak minta komisen daripada dia (syarikat), tidak minta komputer untuk diri sendiri tetapi saya minta agar sebuah sekolah menengah di Port Dickson dijadikan anak angkat dan pemilihan sekolah ini masih di peringkatkan penilaian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
Anwar menyerahkan surat peruntukan untuk pembinaan bumbung serta lain-lain perbelanjaan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Intan Perdana, Ahmad Zabrin Ahmad (kiri) hari ini. - Foto Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.