Peristiwa 'Langkah Sheraton' minggu lalu menjadi titik hitam sejarah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ia menjadi tinta yang kekal dalam lipatan sejarah politik tanah air apabila PH yang telah berjaya menjadi kerajaan dengan menjatuhkan sebuah kerajaan yang memerintah sejak 61 tahun negara ini merdeka, kembali menjadi pembangkang tak sampai sepenggal.
Padan dengan muka.
Nak lepaskan diri, kita boleh saja salahkan musuh. Menyalahkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah benda yang sangat enteng. Tak perlu buat kajian mendalam pun. Tapi betulkah semua ini salah mereka saja?
Sebagai anak muda di dalam Bersatu, saya melihat sesuatu keadaan secara objektif, kami tak mahu pikul beban sejarah politik lampau. Kami ‘straight forward’. Kalau betul, betullah. Kalau salah, salahlah. Apa nak pusing-pusing?
Saya ambil nasihat Tun (Dr Mahathir Mohamad). Kalau kita nak maju, jangan sibuk salahkan orang lain. Usaha dan baikilah diri sendiri.
Saya percaya, 90 peratus kesilapan atau kesalahan hingga membawa kejatuhan kerajaan PH adalah kesilapan PH sendiri.
Dalam PH, DAP antara parti kedua dominan daripada segi jumlah kerusi dengan bilangan 42 Ahli Parlimen. DAP adalah pembawa obor politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukan rahsia. Semua orang tahu.
Saya mengenali DAP baru saja lagi. Taklah kenal sangat. Tetapi dengan melihat gelagat sesetengah pemimpin DAP semenjak menjadi kerajaan, membuatkan saya sebagai anak muda menjadi semakin muak.
Gaya politik pemimpin tertinggi DAP langsung tidak cuba memahami psikologi politik Melayu. Mereka hanya tahu Anwar PM (Perdana Menteri), Anwar PM dan Anwar PM, sedangkan semua tahu, Anwar tak cukup majoriti. Azmin sendiri pun dia tak dapat kawal.
Berbalik kepada DAP. Pemimpin-pemimpin muda dalam DAP seperti Mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong; Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Exco Perak, Howard Lee Chuan How; Mantan Exco Johor Sheikh Omar Ali; ADUN Ketari, Young Syefura Othman atau Rara dan setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, adalah antara tokoh muda yang mempunyai karektor politik yang profesional, sederhana dan beridealisme. Mereka ini adalah model kepimpinan baharu DAP.
Tetapi, kebolehan dan ketokohan pemimpin-pemimpin muda DAP ini dirosakkan oleh sikap politik orang-orang lama dan pemimpin utama DAP yang sombong, bongkak, angkuh dan rasis.
Kesombongan taiko-taiko DAP inilah menjadi duri dalam daging kerajaan PH. Kakitangan kerajaan mengadu dengan sikap bongkak 'taiko-taiko' DAP ini. Lagak ini dibawa hingga ke mesyuarat PH termasuk di peringkat Majlis Presiden. Di dalam kepala taiko-taiko DAP ini hanya mahu Anwar jadi PM. Tak ada benda lain yang mereka mahu.
Hinggalah ke suatu tahap, dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, beberapa orang taiko-taiko DAP ini bersikap sangat keras dengan Tun. Kesabaran Tun M ada hadnya. Taiko-taiko DAP ini bila membuka mulut, tiada benda lain, hanya bercakap untuk memastikan Anwar ditabalkan menjadi PM seberapa segera. Seolah-olah inilah perkara paling utama dalam agenda PH sebagai kerajaan. Tapi depan rakyat, pandai beretorik nak fokus ekonomi rakyat.
Sikap, lagak dan gaya politik angkuh taiko DAP inilah menjadi punca krisis hingga membawa kejatuhan kerajaan PH. Inilah yang menimbulkan kebencian Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga bertindak luar batas apabila membawa keluar Bersatu daripada PH. Lepas tu pakat beramai-ramai mengutuk Tan Sri sebagai pengkhianat. Siapa sebenarnya pengkhianat?
Taiko-taiko DAP inilah pengkhianat, merekalah pengkhianat Tun, hingga Tun naik ‘fed up’, hingga Tun dan Tan Sri (Muhyiddin Yassin) berselisih faham. Merekalah pengkhianat kepada kerajaan PH. Sokong membawa rebah. Paling sedih, merekalah yang merosakkan masa depan pemimpin-pemimpin muda dalam DAP. Kerana merekalah barisan pemimpin muda DAP yang penuh berbakat ini, hilang kerja.
Saya orang muda, saya sayang tokoh-tokoh muda dalam DAP, Amanah, PKR dan parti saya, Bersatu. Bagi saya, perkara paling sedih adalah melihat kelamnya masa depan pemimpin muda ini. Ia dirosakkan oleh nafsu gila pemimpin lama.
Saya berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat pegang pada janji untuk tidak beri ruang kepada pemimpin tua yang tidak bersih. Saya rayu, janganlah rosakkan usaha kami anak-anak muda, sebaliknya berilah ruang kepada pemimpin muda yang terbukti profesional daripada pelbagai parti untuk membantu Tan Sri memajukan dan memakmurkan ekonomi dan negara kita.
Selamatkan pemimpin muda dan pelapis kita, tinggalkan taiko-taiko DAP yang masih tak sedar diri itu. Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, seeloknya bersaralah dari politik, anda sudah berjasa, luangkan masa dengan cucu anda. Masa anda sudah berlalu. Berilah ruang kepada bakat baru untuk memimpin.
* Mohd Fahim Mohd Farid merupakan Exco Armada Bersatu Nasional.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Mohd Fahim Mohd Farid
Wed Mar 04 2020
Mohd Fahim dakwa gaya politik pemimpin tertinggi DAP langsung tidak cuba memahami psikologi politik Melayu. Gambar BERNAMA
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).