Anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu mahu senarai penuh nama yang layak mengundi beserta nombor kad pengenalan mereka disiarkan dalam akhbar pelbagai bahasa.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata langkah itu untuk memastikan pemilihan semula yang dijangka pada 1 Okt dijalankan dengan telus menggunakan senarai nama 2,576 anggota perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012 supaya kesahihan pemilihan semula itu tidak lagi dipertikai.
"Kami tidak mahu sebarang unsur penipuan, pemalsuan dan taktik licik yang boleh mencemar proses pemilihan semula yang bakal diadakan. Langkah ini penting untuk mempertahankan maruah parti. Kami mahu proses pemilihan semula yang bersih, telus dan adil," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada 21 Julai lepas, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok berkata parti itu akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan semula pemilihan CEC dan menggunakan senarai 2,576 anggota perwakilan itu serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula berkenaan.
DAP juga difahamkan telah melantik sebuah firma audit bebas PKF Consulting untuk mengadakan pemilihan semula itu.
Asoghan berkata DAP juga perlu menyiarkan nama firma audit yang dilantik untuk memantau proses pemilihan semula parti berkenaan dalam akhbar.
"Kami bantah sekeras-kerasnya sekiranya firma-firma yang ada hubung kait dengan pimpinan tertentu DAP seperti PKF dan KPMG terpilih. Kami mahu pemilihan semula diadakan tanpa sebarang keraguan munasabah," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya pemerhati tidak dibenarkan masuk semasa pemilihan semula itu berlangsung dan pengiraan undi hendaklah dilakukan di hadapan anggota perwakilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
DAP juga difahamkan telah melantik sebuah firma audit bebas PKF Consulting untuk mengadakan pemilihan semula itu. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.
DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.
Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.
DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.
"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.