Tindakan parti DAP and Keadilan mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggambarkan kebiadapan dan keengkaran kepada institusi Raja.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima senarai nama calon Menteri Besar Selangor dari ketiga-tiga parti di dalam parti Pakatan Rakyat sepertimana titah Sultan di dalam surat bertarikh 27 Ogos.

Buat masa ini, hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB.

Titah Sultan Selangor mengemukakan senarai lebih dari dua orang calon Menteri Besar Selangor adalah satu konvensi yang dilaksanakan oleh Sultan.

Tindakan ini membolehkan Sultan membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integiri dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.

Kenyataan Media
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Selangor. - Foto sumber
Kenyataan itu turut memetik ciri-ciri bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor.

Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi kerajaan Selangor.

Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.

Di dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor.

Penelitian nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Sebelum ini, Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz ada menasihatkan PR untuk tidak menderhaka dan akur kepada arahan Sultan Selangor mengenai permintaan lebih dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Kemelut politik negeri Selangor ini berlanjutan sejak Januari lalu dan sehingga kini masih gagal diselesaikan.