DAP Sabah akan terus kukuh bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam menghadapi kemelut pentadbiran di peringkat persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ginger Phoong Jin Zhe berkata, meskipun kecewa dengan senario semasa di ibu negara, pihaknya tetap komited untuk bersama Mohd Shafie mentadbir kerajaan negeri.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah itu berkata, mempertahankan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu akan terus menjadi keutamaan.
"Saya selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah, selaku ADUN di Sabah, sudah tentunya akan terus berusaha mempertahankan mandat yang dilakukan oleh rakyat Sabah pada PRU yang lepas.
"Saya selaku ADUN dari DAP, kita akan terus bersama Mohd Shafie dan pimpinannya Parti Warisan Sabah (Warisan), Kerajaan Negeri Sabah, terus memimpin negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini situasi politik di Sabah.
Sehingga hari ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri Sabah, yang ditabdir Warisan, berhubung pendirian sokongan terhadap Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Phoong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Sabah mendedahkan, terdapat usaha menarik wakil rakyat di Sabah supaya 'melompat' parti bagi menukar kerajaan sedia ada.
"Tidak dinafikan, ada kelakuan atau cubaan, untuk menarik ADUN-ADUN di Sabah, untuk lompat sini, lompat sana, untuk tukar dan tumbangkan kerajaan Warisan bersama dengan rakan-rakan Pakatan Harapan dan UPKO.
"Tetapi, saya nak kongsikan, sebagai ahli politik muda, sudah sampai masanya kita tukar dinamik, tukar landskap politik di Sabah.
"Selama ini Sabah dilanda oleh politik lompat, banyak lompat sini, lompat sana, tukar sini, tukar sana, tumbang kerajaan, tidak ikut mandat," katanya.
Untuk rekod, Warisan setakat ini mempunyai kerusi DUN terbanyak dengan jumlah 31 buah kerusi diikuti sekutunya DAP (6 kerusi), UPKO (4) dan PKR (2).
Sementara itu, parti-parti lain, Bersatu mempunyai 9 kerusi, PBS (4), STAR (3) dan UMNO (1).
Ruzaini Zulkepli
Wed Mar 04 2020
PHOONG: Saya selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah, sudah tentunya akan terus berusaha mempertahankan mandat yang diberikan rakyat Sabah pada PRU yang lalu. - Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.