Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan keluarkan arahan kepada pihak DAP supaya mengadakan pemilihan semula ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.
Ia juga agar membolehkan pemilihan ini diiktiraf oleh JPPM.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam satu kenyataan berkata hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.
“Ini amat penting di sisi undang-undang memandangkan pelantikan bagi jawatan utama parti mempunyai peranan yang penting sebagai wakil parti yang mempunyai autoriti untuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya,” katanya.
Tegasnya, pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP.
“Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
"Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan,” katanya dalam kenyataan itu.
Tambahnya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh pihak JPPM, hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri.
Astro Awani
Fri Jul 07 2017
Pemilihan semula ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP perlu diadakan agar pemilihan diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.
DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.
Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.
DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.
"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.