JOHOR BAHRU: Parti DAP sudah berubah, terbuka dan menerima cita rasa serta haluan UMNO yang mendukung perjuangan orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata titik perubahan DAP itu bermula sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan, dengan menyatakan persetujuan mereka tidak mengungkit soal hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui DAP, malah kepimpinan parti itu sendiri secara terbuka mengakui hal tersebut termasuk dalam siri ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
"Yang menghantui hubungan UMNO-DAP selama ini adalah dahulunya (ketika penubuhan) DAP ini dikatakan parti yang tak mesra dengan perjuangan dan hak orang Melayu.
"Namun, sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan, DAP sudah menyatakan persetujuan tidak lagi mengungkit perkara berkaitan hak orang Melayu, agama Islam dan mereka akur dengan Perlembagaan Persekutuan, itu sudah cukup menunjukkan DAP dah berubah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program bersama jentera UMNO di Pulai, semalam sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berpandangan DAP mesti mengubah dasar parti itu agar menjadi parti lebih sederhana untuk mendapat sokongan orang Melayu.
Saarani turut yakin dengan keserasian dan perpaduan antara DAP dan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
"Misalnya dalam PRU16 nanti, DAP semestinya tidak bertanding di kawasan UMNO dan begitu juga sebaliknya, jadi pengagihan kerusi lebih mudah.
"Tetapi kalau (bekerjasama) dengan PAS dan Bersatu, pasti mereka akan berebut kawasan dengan UMNO...kita masuk (bekerjasama sebelum ini) dengan PAS dan Bersatu hanya untuk 'dibunuh'," katanya.
Pada PRK Parlimen Pulai, calon Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Perpaduan Suhaizan Kaiat berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berkenaan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Saarani turut yakin dengan keserasian dan perpaduan antara DAP dan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti. - Foto fail/BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.