KUALA LUMPUR: DAP tidak bercadang untuk bergabung dengan parti politik lain, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.
Sebaliknya, Loke menyifatkan cadangan veteran parti itu, Tan Sri Lim Kit Siang agar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bergabung dengan DAP sebagai bersifat peribadi.
Menurutnya, tumpuan kini diberikan untuk mengukuhkan pelapis muda dalam DAP sendiri bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti, kami mengarahkan Pemuda Sosialis DAP memperkukuh dari segi pengambilan bagi memupuk pemimpin muda kita sendiri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Jadi, tidak timbul soal bergabung dengan parti lain,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat CEC parti pada Isnin.
Sebelum ini media melaporkan, Kit Siang kagum dengan idealisme dibawa oleh MUDA serta menasihatkan parti tersebut tidak berputus asa.
Menurutnya, parti tersebut mungkin boleh bergabung dengan DAP tetapi beliau tidak mampu untuk melakukan sebarang tawaran rasmi kerana sudah bersara.
Dalam masa sama, Loke turut menyatakan rasa bangga dengan kemenangan calon DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, Selangor diwakili Lwi Kian Keong kerana 60 peratus pengundi di situ adalah Melayu.
Ujarnya, walaupun ia merupakan daerah majoriti Melayu, namun keputusan PRN menunjukkan rakyat Malaysia lebih bersedia untuk mengundi calon bukan Melayu atau bukan Islam.
"Kerusi yang paling saya banggakan ialah di Sungai Pelek kerana komposisi di sana adalah 60-40 dengan 60 orang Melayu dan 40 bukan Melayu.
"Jadi, apabila kita meletakkan calon Cina dari akar umbi dan berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional dari Bersatu, ia merupakan kemenangan yang sangat ketara," katanya.
Tambah beliau, ia sekali gus menunjukkan pengundi Selangor termasuk Melayu boleh menerima calon Pakatan Harapan dan menganggap keadaan itu sangat signifikan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 15 2023
Loke (gambar) turut menyatakan rasa bangga dengan kemenangan calon DAP di DUN Sungai Pelek, diwakili Lwi Kian Keong, kerana 60 peratus pengundi di situ adalah Melayu. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.