KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin hari ini menafikan dakwaan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud bahawa vaksin tidak dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) negeri itu.
Sebaliknya, menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu, kerajaan pusat mahu menghantar lebih banyak vaksin ke Selangor, namun, ia bergantung kepada kapasiti penggunaan negeri itu.
Susulan itu, pentadbiran negeri digesa mempercepatkan penggunaan vaksin yang ketika ini mencecah 76 peratus, masih di belakang negeri-negeri lain.
"Pada 27 Jun, Selangor (menerima) 1,367,306 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Baki yang ada di Selangor adalah 322,606 dos.
"Jadi, kadar penggunaan negeri Selangor adalah 76 peratus. Sebab itu saya minta negeri Selangor percepatkan lagi kadar penggunaan vaksin.
"Jadi tuduhan vaksin tidak dihantar di negeri Selangor tidak betul. Exco Kesihatan ada membuat kenyataan beberapa hari yang lepas.
"Memang kita hantar vaksin, memang kita hantar di Selangor dan kita nak hantar lebih banyak lagi vaksin. Namun, kita tengok kepada kapasiti mereka," katanya selepas melawat PPV Tanjong Karang hari ini.
BACA: Dakwaan Exco Selangor akan kehabisan vaksin beberapa hari lagi disifatkan tidak tepat
Pada mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor minggu lepas, Khairy berkata, kerajaan negeri telah menyatakan kapasiti Selangor pada Jun ialah 40,000 suntikan sahaja setiap hari.
"Exco itu (Siti Mariah) tidak hadir pada perjumpaan saya itu. Dalam perjumpaan saya dengan Menteri Besar, dibentangkan, kapasiti Selangor adalah 40,000 sehari.
"Justeru, saya memberi bekalan mengikut kapasiti tersebut. Saya tak pasti exco itu cakap 80,000 suntikan itu dapat daripada mana," jelasnya lagi.
BACA: "Saya tak nak vaksin 'duduk' dalam peti sejuk"- Khairy
Kata Khairy, kerajaan akan meningkatkan kapasiti bekalan vaksin di Selangor bagi bulan Julai sehingga 130,000 dan mendapat persetujuan bersama Menteri Besar Selangor.
"Justeru, dakwaan kata vaksin tak cukup dan sebagainya itu adalah tak benar sama sekali," tambahnya.
Astro Awani
Mon Jun 28 2021
KHAIRY: Sebab itu kita buka pembukaan PPV yang besar, sebab kita nampak usaha di Selangor ini agak lembap, walaupun banyak vaksin diberikan. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.