“SELAMAT kembali ke Parlimen Datuk Seri.”

Itulah ucapan netizen yang sedang membanjiri media sosial selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Kemunculan semula Anwar ialah susulan kejayaannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson di mana beliau menang dengan majoriti 23,560 undi Sabtu lalu.

Penyokong Anwar yang gembira dengan kemenangan itu melahirkan ucapan tahniah dan berharap beliau akan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

Mereka turut menyifatkan hari ini sebagai hari bersejarah kerana pemimpin kesayangan mereka kembali ke Parlimen sebagai kerajaan selepas 20 tahun meninggalkan institusi penggubal undang-undang itu.

Berikut adalah antara ucapan yang dikongsi oleh netizen:


Selamat kembali ke Parlimen, Datuk Seri





Semoga menjadi Ahli Parlimen yang bertanggungjawab




Semoga ada 'check and balance' dalam Pakatan Harapan


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga melahirkan ucapan semoga berjaya buat suaminya di laman Twitter.

"Dua puluh tahun perjalanan reformasi, tiga tahun berehat daripada Parlimen, hari ini dia kembali. Sekalung tahniah kepada Datuk Seri @anwaribrahim," tweet Wan Azizah.