Dasar langit terbuka ASEAN menjadi antara isu penting yang dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN ke-21 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia antara komponen utama yang bakal dimuktamadkan dalam Pelan Tindakan Strategik Kuala Lumpur (KLTSP) 2016-2025 pada akhir persidangan esok.
Menurut Liow pelan 10 tahun itu dilihat mampu memperkasa sektor pengangkutan dan perhubungan negara anggota ASEAN.
"Ini merupakan pelan 10 tahun yang melihat bagaimana meningkatkan sektor pengangkutan di rantau ASEAN. Secara asasnya, kami ingin melihat ke arah pembentukan pasaran penerbangan tunggal ASEAN, pasaran perkapalan tunggal ASEAN selain isu pelepasan gas-gas kesan rumah hijau.
"Bagaimana kita hendak memastikan penggunaan tenaga secara mapan dan dapat mengurangkan kesan pencemaran akibat sektor pengangkutan. Semuanya akan dimuktamadkan dalam resolusi pada akhir persidangan ini esok," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan Asean ke-21 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Terdahulu ketika berucap merasmikan mesyuarat berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, komponen utama dalam penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) adalah liberalisasi sektor penerbangan ASEAN, yang akan menjadi pemangkin ketara untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini pada tahun 2030.
"Saya gembira dengan kemajuan yang telah dicapai dalam pelaksanaan pelan tindakan Pasaran Penerbangan Tunggal ASEAN (ASAM).
"Usaha untuk merealisasikan penubuhan ASAM, serta pengesahan penuh dan pelaksanaan Perjanjian Langit Terbuka ASEAN, adalah amat penting," kata Ahmad Zahid.
Tan Su Lin
Thu Nov 05 2015
Menurut Liow pelan 10 tahun itu dilihat mampu memperkasa sektor pengangkutan dan perhubungan negara anggota ASEAN. - Gambar Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.