KUALA LUMPUR:Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh pengumuman data ekonomi China serta perkembangan terbaharu mengenai vaksin COVID-19.
Pada 6 petang, unit tempatan itu berada pada 4.1415/1465 berbanding dolar AS daripada 4.1470/1520 yang dicatatkan pada penutupan urus niaga Jumaat lepas.
Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata walaupun terdapat sedikit kekecewaan membabitkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China, namun maklumat penggunaan seperti jualan runcit dan pengeluaran perindustrian sebaliknya menggambarkan landskap China yang semakin pulih.
Ekonomi kedua terbesar dunia yang juga rakan dagang utama Malaysia itu mencatat pertumbuhan ekonomi 4.9 peratus pada suku ketiga tahun ini - lebih pantas berbanding 3.2 peratus pada suku kedua.
Bagaimanapun, ekonominya berkembang pada kadar lebih rendah daripada unjuran awal sebanyak 5.2 peratus.
Pengeluarannya melonjak 6.9 peratus tahun ke tahun pada September lepas manakala jualan runcit produk-produk pengguna naik 3.3 peratus pada bulan tersebut.
"Saya juga menjangkakan prestasi mata wang Asia akan lebih mengukuh sekiranya Joe Biden memenangi pilihan raya Presiden AS. Oleh itu, kita mungkin dapat menyaksikan ringgit mencecah paras 4.12 pada tempoh pasca pemilihan pemimpin AS manakala yuan juga mempunyai lebih banyak peluang untuk meningkat.
"Oleh itu, 4.135 bukanlah terlalu jauh sebelum berlangsungnya pilihan raya Presiden AS selagi kita dapat melihat wujudnya perkembangan seperti perjanjian pakej rangsangan di negara maju itu serta harga minyak mentah dapat terus bertahan," katanya kepada Bernama.
Ringgit mencecah paras tertingginya berbanding dolar AS iaitu 4.1347 pada 9 Oktober lepas.
Selain itu, pasaran turut didorong oleh kenyataan Pfizer Inc pada Jumaat lepas mengenai kemungkinan vaksin COVID-19 dapat disediakan untuk AS pada akhir 2020 manakala pemimpin negara maju itu dalam usaha memuktamadkan pakej rangsangan ekonominya.
Dalam pada itu, kalangan penggiat pasaran turut memantau hasil daripada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) hari ini bagi menilai pasaran berikutan peningkatan ketara kes-kes jangkitan COVID-19.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang lain.
Ia tidak berubah berbanding dolar Singapura daripada 3.0517/0556 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9308/9367 daripada 3.9409/9460.
Unit tempatan itu bagaimanapun rendah berbanding pound Britain kepada 5.3819/3900 daripada 5.3654/3735 dan susut berbanding euro pada 4.8679/8755 daripada 4.8553/8628, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
Ringgit mencecah paras tertingginya berbanding dolar AS iaitu 4.1347 pada 9 Oktober lepas. - Gambar hiasan
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.