SHAH ALAM: Data peribadi seramai lima juta penumpang dan pekerja syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia didakwa mengalami kebocoran selepas digodam kumpulan penggodam dikenali sebagai Daixin.
Menerusi ciapan di Twitter, pemilik akaun @TheFuturizts mendakwa, kumpulan berkenaan berkongsi dua fail yang mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang.
"Penggodam berlaku awal bulan ini.
"Fail pertama mengandungi maklumat penumpang, manakala yang kedua berkongsi butiran pekerja, seperti tarikh lahir, negara, alamat, tarikh pekerjaan, dan juga 'soalan rahsia' mereka dengan jawapan.
"Menurut jurucakap Daixin, AirAsia menghubungi kumpulan itu untuk berbincang supaya mereka memadam semula data yang dikongsi tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai bayaran," ciapnya pada Isnin.
Menurutnya, sebagai tindak balas, Daixin mengugut akan memuat naik semua data sulit AirAsia itu di internet.
Katanya, Daixin juga mendedahkan mereka tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia disebabkan ia tidak tersusun dan tidak mempunyai piawaian yang selaras.
Perkara itu mengejutkan kerana kumpulan penggodam itu sebelum ini hanya gemar menyerang bisnes-bisnes di Amerika Syarikat sahaja.
Setakat ini, AirAsia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu kebocoran data berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 22 2022
Menerusi ciapan di Twitter, pemilik akaun @TheFuturizts mendakwa, kumpulan berkenaan berkongsi dua fail yang mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.
Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind
Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam
kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara.
Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka.
'Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles
Dd Chronicles mengulas berkaitan isu dakwaan fitnah berkaitan kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.
Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank
Amihizam berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.
Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi
Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.
Data peribadi milik 14 juta pelanggan perkhidmatan kewangan Australia dicuri
Penyedia perkhidmatan kewangan Australia Latitude pada Isnin mengesahkan bahawa kira-kira 14 juta butiran peribadi telah dicuri dalam insiden penggodaman yang menyasarkan syarikat itu baru-baru ini.
Pengodam bocor maklumat peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter
Penggodam dilaporkan mencuri data peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter dan berkongsi butiran ini termasuk alamat e-mel dan nombor telefon.